This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ahad, 10 April 2011

Komen Facebook di blog

Antum/na delete semula code yang ambil dari Komen FB tu. Yang ada </fb:comments> Dan


Atntum/na klik Design>>>Edit HTML
Klik dekat "Expand Widget Templates"

Ctrl+F dan cari :  <body>

Kalau dah jumpa "<body>". Copy code di bawah ni dan letakkan di bawah <body>.
<div id='fb-root'/>
<script>
  window.fbAsyncInit = function() {
    FB.init({appId: &#39;173523075998238&#39;, status: true, cookie: true,
             xfbml: true});
  };
  (function() {
    var e = document.createElement(&#39;script&#39;); e.async = true;
    e.src = document.location.protocol +
      &#39;//connect.facebook.net/en_US/all.js&#39;;
    document.getElementById(&#39;fb-root&#39;).appendChild(e);
  }());
</script>

Dah selesai. Tekan Ctrl+F sekali lagi dan cari :  <b:include data='post' name='comments'/> (yang bawah sekali)

Dah jumpa copy code di bawah ni, dan pastekan di atas <b:include data='post' name='comments'/>


                 <div class='clear' id='entry-author'>                                                                                                                                        <div id='author-avatar'>
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       </div>
<div class='post' id='postAd'>
          
<fb:comments width='485'/>
</div>
 <!--end .author-avatar-->
                                                                                                                                                                 <div id='author-description'>
                                                                                                                                                 <h3/>
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           </div>                                                                                                                                              </div> <!--end .entry-author-->



                                                                                                                                

Cinta Sejati

 

Dari sekian orang yang ada, tidak semua dapat memahami apa sebenarnya cinta itu. Cinta sememangnya sesuatu yang susah didefinisikan. Meski pun boleh dirasakan, seringkali sang pemilik rasa pun menjadi ragu, apakah yang sedang dirasakannya itu cinta? Lalu, bagaimanakah ciri seseorang mencintai sesuatu?

Adakah benar bahwa cinta tak harus memiliki. Mari bertanya pada diri sendiri, jika tidak memiliki, bagaimana cara merealisasikan cinta? Bagaimana mungkin cinta itu dapat wujud secara realiti apabila kita sendiri tidak mempunyai hak atasnya??

Pertanyaan ini muncul manakala saya rasakan ada hubungan erat dan analogi antara cinta dan keimanan. Cuba kita renungkan, manakala kita menilai diri beriman kepada Allah, pastilah iman itu didasari cinta kepada Allah. Atau sebaliknya, pastilah iman itu berbuah cinta kepada Allah. Tidak mungkin mencintai Allah jika tidak beriman kepada Allah, sebaliknya pula tidak mungkin disebut beriman kepada Allah apabila tidak mencintai Allah. Betul?

Bagaimanakah ciri-ciri orang yang mencintai Allah, sang kekasih sejati? Allah sendiri telah menyebutkan ciri orang yang mencintai-Nya, yakni dalam surah Al-Anfal ayat 2-4:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.(yaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia." (QS. Al-Anfal: 2-4)

Apabila difahami dapat saya gariskan poin penting seperti berikut:
1. Bila disebut nama Allah gemetarlah hatinya,
2. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah imannya,
3. Mereka selalu bertawakal kepada Allah,
4. Mendirikan solat,
5. Menafkahkan sebagian rezeki (berinfak, sedekah).

Begitulah ciri orang yang benar-benar mencintai Allah, orang yang beriman dengan sebenar-benarnya iman. Tidak hanya di hati, namun juga mewujud secara serius dalam amalan yakni melakukan solat dan menafkahkan sebagian rezeki. Juga melebur menjadi ruh dalam setiap gerak dan aktivisnya, dengan ketawakalannya.

Hal ini juga relevan dengan pengertian iman. Al imanu tashdiqu bil qalb, iqraru bil lisan wal 'amalu bil arkan. Iman itu meyakini dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan. Tidak sempurna keimanan seseorang manakala hanya berupa keyakinan di hati. Atau hanya ikrar di lisan. Atau sekadar amalan-amalan saja. Namun ketiga aspek itu haruslah ada untuk dapat menjadi keimanan yang sejati.

Begitu pula cinta. Cinta pun harusnya berupa keyakinan di hati, dapat diikrarkan oleh lisan, dan di terjemahkan dalam perbuatan. Apabila satu elemen itu tak dapat atau tak mungkin dilaksanakan, maka tak boleh disebut sebagai cinta yang sejati. Ketiga-tiganya harus ada untuk menjadi cinta yang sejati.

Bagaimana dengan cinta sesama manusia??

Bagi saya cinta antara dua insan, lelaki dan perempuan itu dikatakan sebagai cinta sejati manakala cinta itu terbingkai dalam bingkai suci dan indah, iaitu ikatan pernikahan. Kerana dengan adanya bingkai indah itu, kesempurnaan cinta dapat dilaksanakan. Selain ada di hati (bergetar hati jika disebut nama orang yang dicintainya, dan bertambah cinta bila disebutkan kebaikan dan kelebihannya), juga telah bersedia untuk diikrarkan dengan lisan serta diterjemahkan melalui amalan anggota badan. Itu bererti, bahawa cinta memang harus memiliki.

Jika cinta itu tidak berada dalam lingkungan "memiliki", dalam erti kata tidak berada dalam bingkai pernikahan, maka paling maksimum hanya dapat meyakini dalam hati. Tidak halal untuk berikrar oleh lisan, apatah lagi lebih jauh untuk memimplementasikan melalui perbuatan oleh anggota badan. Bererti, cinta itu tidak boleh dilaksanakan secara sempurna, dengan kata lain bukan cinta sejati.

Terkait dengan cinta kepada lain jenis, tidak perlu mencintai sebelum boleh memiliki. Kerana jika belum atau tidak memiliki, belum boleh melaksanakan cinta itu secara sempurna. Sehingga cinta yang dimiliki, belumlah sejati. Tapi jika berani, ya silakan. Asal siap-siap makan hati.. ^_^

Wallaahu a'lam.

Belajar apa yang tidak ada dalam buku dan bilik kuliah

28 Januari yang penuh makna. Selesai ja kuliah, ana terus ke masjid Putra Jaya, kelas habis jam 12 tengahari, dalam hati (masih sempat nie solat jumaat di masjid Putra). Alhamdulillah kutbah yang menarik yang di sampaikan, iaitu tentang saat kematian.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali Imran : 185)


Habis je solat jumaat, ana terus ke bangunan KPT untuk sertai Piket Pro-M Nasional iaitu mengumpulkan beberapa pimpinan mahasiswa dari beberapa front mahasiswa di seluruh Malaysia termasuklah dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Pro-Mahasiswa (Pro-M) dari beberapa kampus sekitar Lembah Klang.
Slot bersama media, selepas memorandum di hantar
Himpunan yang disertai lebih kurang 30 mahasiswa bertujuan menghantar satu deligasi yang terdiri daripada beberapa pimpinan mahasiswa untuk menyerahkan memorandum tuntutan mahasiswa kepada Menteri Pengajian Tinggi; Dato’ Seri Khaled Nordin.

Memorandum berkenaan antaranya menuntut KPT memastikan proses pilihan raya kampus berjalan secara bersih, penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya di peringkat mahasiswa dan mewujudkan badan bebas untuk memantau proses pilihanraya di setiap kampus seluruh negara.

Bersama front-front mahasiswa di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Habis dari himpunan mahasiswa di KPT, pada jam 4 petang ana terus ke program Mahasiswa di Hati Masyarakat bertujuan untuk mendekati masyarakat sempena dengan cuti tahun baru cina.

Sesi pertama berlangsung di Pusat Perubatan UKM di Cheras, sukarelawan GAMIS yang diwakili dari pelbagai kampus seluruh Malaysia hadir dalam usaha menjayakan program kali ini. Alhamdulillah kehadiran GAMIS disambut baik oleh pesakit-pesakit dan juga kakitangan yang bertugas.

Bersama seorang pesakit, sempat beramah mesra...kata pakcik " Alhamdulillah sakit nie buat kita lebih dekat dengan Allah"

Salah satu hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ialah ziarah ketika sakit. Ziarah bukan sahaja dapat kurangkan bebanan pesakit, tetapi juga dapat memperingati diri kita dan bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik. Yang mana ramai yang tidak hargai sihat jika dia tidak merasai sakit.

Bersama YDP Persatuan Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP)...di perpustakaan PPUKM.

Banyak pelajaran yang ana dapat bila bersama-sama dengan pesakit-pesakit di sini. Ana agak terharu bila hulurkan buah limau kepada seorang mak cik, dia terima dengan linangan air mata..."katanya terima kasih nak". Katanya lagi, "jagalah kesihatan tu, sementara masih muda". Dan ada juga seorang pakcik yang di serang stroke. Apa yang ana kagum ialah, dia masih boleh menjaga solatnya, walaupun tidak terdaya seperti kita, hanya menggunakan isyarat mata...masyaAllah. Nikmatnya Islam itu jika kita memahaminya.

Bersama sukarelawan Dakwah GAMIS, semoga Allah merahmati usaha-usaha antum/na semua...insyaAllah

Selesai program ziarah pesakit-pesakit di Pusat Perubatan UKM, kali ini ana tidak berseorang lagi boring di jalanan. Selepas maghrib ana bersama sahabat-sahabat berkonvoi ke Hentian Bas Putra. Bukan balik kampung yer tapi untuk bertemu dengan penumpang dan juga pemandu bas. Dalam hati memang jeles jer tengok budak-budak UTM pun ada yang ngah tunggu bas...balik Kota Bharu katanya. Jawab ku pula entah la...bila di tanya semula.."bila balik?"


Bersama beberapa lagi pimpinan GAMIS pusat dan juga ahli sekitar kampus lembah kelang untuk mengedar risalah berkaitan dengan peringatan tentang keselamatan, berhati-hati memandu, penjagaan solat dan juga doa-doa keselamatan sepanjang perjalanan pulang ke halaman kampung masing-masing.

Di hentian Bas Putra..bersama sahabat UKMKL..Ust Amin..Slot bahas risalah..hehe

Sepanjang program, ramai yang agak kehairanan melihat kehadiran kami..tanya seorang pak cik "kamu nie mahasiswa ya? bagus kamu semua ya...belajar-belajar juga, jumpa masyarakat macam nie satu kelebihan pada kamu semua. Belajar apa yang tak ada dalam kuliah kan.."wajahnya ketawa kecil. Banyak yang beri respon positif, ada yang minta tolong nak edarkan sekali risalah yang ada.." boleh saya tolong edar sekali, bas saya lewat lagi abang.." katanya.

Bersama Timbalan Presiden GAMIS pusat, Ust Zaki..dua tin Nescafe dia sembunyikan..tak tengok pengarah program lagi yang bawa beg besar semasa program...hehe (isi nescafe n buah limau)

Edaran air tin Nescafe juga di lakukan, iaitu diberikan kepada pemandu-pemandu bas. Gamis memandang serius kes-kes kemalangan yang melibatkan bas-bas expres. Ini antara usaha yang mampu kami lakukan, iaitu beri kesedaran dan dalam masa yang sama selitkan unsur dakwah, iaitu peringatan tentang solat dan juga doa-doa sepanjang perjalanan.

Dalam banyak-banyak, Ust Zaki yang paling bergaya..haha. siap buat logo GAMIS lagi...

Alhamdulillah, semoga usaha yang kita semua lakukan mendapat ganjaran dari Allah, dan kita harapkan program-program bersama masyarakat seperti ini mendapat sambutan lagi pada masa-masa akan datang. Program tamat pada jam 11 malam, ingat nak bagi pemandu ja tidak mengantuk, tapi sekali ngan ana x boleh tidur...apa taknya dua tin Nescafe di telan..haha.( yang lebih-lebih ja)

Tahniah kepada semua sahabat yang terlibat dalam menjayakan program dakwah kita pada kali ini. GAMIS sentiasa bersama mahasiswa dan masyarakat.

"Merakyatkan Gerakan, Memaknakan Mahasiswa"

Matemaik Dalam Kehidupan



1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:


1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321


Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Belajar Dari Sifu "Kungfu Panda"


"Yesterday is history. Tomorrow is mystery. Today is a gift." Cukup dengan pesanan Master Shifu kepada si Panda Po ini merubah hidupnya dari seorang yang biasa (anak penjual mi) kepada luarbiasa (mahaguru kungfu tumpaskan Tai Long).

Ada beberapa mesej menarik saya rumuskan dari filem 3D Kungfu Panda :
1. The secret to be special is you have to believe that you special
Po hampir putus asa kerana tidak mampu memecahkan rahsia Kitab Naga, yang hanya berupa lembaran kosong. Pesanan dari ayahnya-lah yang akhirnya membuatkannya kembali bersemangat dan memandang positif dirinya sendiri. Kalau kita berfikir diri kita adalah "special", unik, berharga pastinya kita pun akan punyai "
burning desire" untuk melakukan hal-hal yang luarbiasa.
2. You just need to believe
Kita akan jadi biasa, kalau kita berfikir kita biasa. Seperti kata Master Oogway, “You just need to believe
3. Kita tidak akan mampu mengembangkan potensi orang lain, sebelum kita percaya dengan kemampuan orang itu, dan kemampuan diri kita sendiri
Master ShiFu tidak yakin untuk melatih Po. Ia memandang Po tidak berbakat. Kalaupun Po mampu sekalipun, mana mungkin ia mampu melatih Po dalam waktu sekejap. Namun, akhirnya "false perception" dan "judgement" kepada "mad'u" (Po) ini bertukar 180 darjah apabila Master Oogway menegaskan bahawa Po adalah benar-benar Pendekar Naga yang "dianugerahkan" Tuhan secara bukan kebetulan (accidental).
Justeru, sebagai guru atau nuqaba, hal yang paling harus dihindari adalah memberi label bahawa mad'u ini tidak punya peluang untuk berubah. Sangatlah mudah bagi kita untuk menganggap orang lain tidak punya masa depan. Kesulitan juga acap kali membuat kita kehilangan kepercaya an diri, bahwa kita sebenarnya masih mampu untuk membimbing mereka dari manusia "bermasalah" kepada manusia "luar biasa" yang melakar sejarah.
Kung Fu Master Shifu , who has already trained the legendary Furious Five, is now charged with transforming an out-of-shape giant panda named Po into a fighting machine.


4. Kenalpasti "suis" mad'u (selera dan minatnya)
Shi Fu akhirnya mendapati bahwa Po boleh termotivasi dan mampu mengeluarkan semua kemampuannya, bila dikaitkan dengan makanan. Po sememangnya tidak mampu menjalani latihan seperti 5 murid jagoannya yang lain. Justeru setiap mad'u ada "suis" yang tersendiri, ada keunikan pendekatan yang perlu diberikan. Mana mungkin kesemua mad'u yang pelbagai potensi melalui pendekatan tarbiyah nuqaba yang "memukulrata" potensi-potensi mereka.
Hanya "burning desire" untuk mendapatkan kuih itu sudah cukup

merubah Panda melalui "tarbiyah" secara short-cut lalu menjadi
mahaguru luarbiasa


Setiap mad'u kita mempunyai keunikan yang tersendiri.
Janganlah "pukulrata" sahaja tarbiyah kita kepada mereka.

5. Jangan "melepas pandang" pada sisi jahat (akhlak buruk) pada mad'u. Ia mesti dibaiki dan dirawat.

Master ShiFu sangat menyayangi Tai Lung, murid pertamanya, yang dia asuh sejak bayi. Dia membentuk Tai Lung sedemikian rupa agar sesuai dengan harapannya. Dia memberikan impian bahwa Tai Lung akan menjadi Pendekar Naga yang mewarisi ilmu tertinggi. Sayangnya Shi Fu tidak melihat sisi jahat dari Tai Lung dan harus membayar harga yang mahal termasuk nyawanya akibat dari Tai Lung yang sudah menyalahgunakan ilmu yang diberikan Shifu.

6. Cermin diri rahsia menjadi luarbiasa
Pada saat Gulungan Naga (ilmu tertinggi dalam Dragon Warrior) diambil dan diberikan kepada Po, ternyata dalam gulungan itu tidak tertulis sebarang ilmu atau kata-kata hikmah sedikitpun. Hanya kosong dan merupakan lembaran kosong yang bersinar ibarat cermin yang boleh merefleksikan wajah kita sendiri. Semua terkejut termasuk sifu yang tidak menyangka Scroll yang diwar-warkan mempunyai rahsia tertinggi itu rupanya tidak tertulis apa-apa. Yang ada hanya "cermin"...

Sabtu, 9 April 2011

dsfdsf

fdafdsfsdfsdfsd